PIAGAM PELANGGAN

Berikrar dan Berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1.Memastikan sentiasa peka dan respontif kepada kehendak-kehendak pelanggan serta sentiasa member layanan dan perkhidmatan yang mesra.

2.Memastikan pengoperasian perkomputeran dan sistem pendidikan melalui Teknologi berjalan dengan lancar.

3.Memastikan semua pengguna mendapat latihan penggunaan sistem berkomputer dengan sempurna.

4.Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.

5.Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

MISI

1. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.

2.Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi pada masa depan.

3.Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa ke masa depan.

VISI

Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.

MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

1.Meningkatkan pembangunan dan penggunaan insfrastruktur ICT di sekolah.

2.Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.

3.Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT.

4.Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.

5.Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

Thursday, June 5, 2008

Kepada Pegawai PKG Negeri Johor Dan Penyelaras Bestari

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 4 MINGGU LATIHAN GURU BESTARI PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH


Dimaklumkan bahawa BPG KPM akan melaksanakan Latihan Guru Bestari untuk program Pembestarian Sekolah bagi meningkatkan keupayaan guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bestari.

Pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah diberi keutamaan kepada sekolah yang telah ada kemudahan Pusat Akses dan Sekolah Bestari.BTPNJ telah menerima pencalonan daripada sekolah-sekolah .

Seramai 50 orang guru yang memenuhi kriteria telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut yang akan dikelolakan oleh IPTI dan IPTHO pada 16 Jun 2008 hingga 11 Julai 2008 bertempat di IPTI dan IPTHO.

Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjalani program sokongan di sekolah asal mulai 14 Julai 2008 hingga 08 Ogos 2008.Sekian untuk makluman tuan.

Terima kasih.Regards,Helen

No comments: