PIAGAM PELANGGAN

Berikrar dan Berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1.Memastikan sentiasa peka dan respontif kepada kehendak-kehendak pelanggan serta sentiasa member layanan dan perkhidmatan yang mesra.

2.Memastikan pengoperasian perkomputeran dan sistem pendidikan melalui Teknologi berjalan dengan lancar.

3.Memastikan semua pengguna mendapat latihan penggunaan sistem berkomputer dengan sempurna.

4.Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.

5.Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

MISI

1. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.

2.Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi pada masa depan.

3.Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa ke masa depan.

VISI

Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.

MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

1.Meningkatkan pembangunan dan penggunaan insfrastruktur ICT di sekolah.

2.Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.

3.Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT.

4.Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.

5.Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

Saturday, July 5, 2008


Assalammualaikum...

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana Makmal Bestari telah membuat perubahan secara fizikal dari aspek luaran dan dalaman. Alhamdulillah dengan bantuan kewangan yang disumbangkan oleh Pihak Sekolah dan Saya sebagai Penyelaras Bestari mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Dr Nuraida selaku YDP PIBG SK Bagan yang turut memberi sumbangan serta menjayakan perubahan ini dalam mencapai matlamat KPM kita ke arah Teknologi Untuk Pendidikan Bestari bagi semua murid dan warga guru SK Bagan menikmati keselesaan serta kelengkapan peralatan Makmal Bestari dalam menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran.
Posted by Picasa

No comments: