PIAGAM PELANGGAN

Berikrar dan Berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

1.Memastikan sentiasa peka dan respontif kepada kehendak-kehendak pelanggan serta sentiasa member layanan dan perkhidmatan yang mesra.

2.Memastikan pengoperasian perkomputeran dan sistem pendidikan melalui Teknologi berjalan dengan lancar.

3.Memastikan semua pengguna mendapat latihan penggunaan sistem berkomputer dengan sempurna.

4.Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.

5.Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

MISI

1. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.

2.Memberi peluang pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi pada masa depan.

3.Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa ke masa depan.

VISI

Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.

MATLAMAT

Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

1.Meningkatkan pembangunan dan penggunaan insfrastruktur ICT di sekolah.

2.Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.

3.Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT.

4.Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap, sistematik dan berkesan di sekolah.

5.Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

Sunday, June 1, 2008

Tahniah

Dear Zul Azri

Tahniah di atas pelantikan tuan. Tuan jangan risau, kursus dan bengkel sentiasa di adakan untuk GPB dari masa ke semasa. Di BTP Sektor Pengurusan dan Pemantapan Sekolah Bestari sentiasa menjaga kebajikan semua GPB di sekolah bestari. Jika tuan menghadapi apa-apa masalah, silalah hubungi kami. Selamat bertugas dan maju jaya.

Datin Che Normadiah Bt Hj. Che Abbas
Ketua Unit Perhubungan Awam BTP

No comments: