PIAGAM PELANGGAN |
Berikrar dan Berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
|
MISI |
1. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman pembelajaran.
|
VISI |
Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian. |
MATLAMAT |
Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia. |
OBJEKTIF |
1.Meningkatkan pembangunan dan penggunaan insfrastruktur ICT di sekolah.
|
Saturday, July 5, 2008
Assalammualaikum...
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana Makmal Bestari telah membuat perubahan secara fizikal dari aspek luaran dan dalaman. Alhamdulillah dengan bantuan kewangan yang disumbangkan oleh Pihak Sekolah dan Saya sebagai Penyelaras Bestari mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada Dr Nuraida selaku YDP PIBG SK Bagan yang turut memberi sumbangan serta menjayakan perubahan ini dalam mencapai matlamat KPM kita ke arah Teknologi Untuk Pendidikan Bestari bagi semua murid dan warga guru SK Bagan menikmati keselesaan serta kelengkapan peralatan Makmal Bestari dalam menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran.
Thursday, June 5, 2008
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN 4 MINGGU LATIHAN GURU BESTARI PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH
Dimaklumkan bahawa BPG KPM akan melaksanakan Latihan Guru Bestari untuk program Pembestarian Sekolah bagi meningkatkan keupayaan guru
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bestari.
Pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah diberi keutamaan kepada sekolah yang telah ada kemudahan Pusat Akses dan Sekolah Bestari.BTPNJ telah menerima pencalonan daripada sekolah-sekolah .
Seramai 50 orang guru yang memenuhi kriteria telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut yang akan dikelolakan oleh IPTI dan IPTHO pada 16 Jun 2008 hingga 11 Julai 2008 bertempat di IPTI dan IPTHO.
Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjalani program sokongan di sekolah asal mulai 14 Julai 2008 hingga 08 Ogos 2008.Sekian untuk makluman tuan.
Terima kasih.Regards,Helen
Sunday, June 1, 2008
Dear Zul Azri
Tahniah di atas pelantikan tuan. Tuan jangan risau, kursus dan bengkel sentiasa di adakan untuk GPB dari masa ke semasa. Di BTP Sektor Pengurusan dan Pemantapan Sekolah Bestari sentiasa menjaga kebajikan semua GPB di sekolah bestari. Jika tuan menghadapi apa-apa masalah, silalah hubungi kami. Selamat bertugas dan maju jaya.
Datin Che Normadiah Bt Hj. Che Abbas
Ketua Unit Perhubungan Awam BTP